ala rindunya kat blogger aku nie. dah kat 2 minggu tak jumpa. yealah aku skrang kat kajang, susah nak cari computer..cyber cafe pun tak dak. kalau kat kl bolehlah pakai lib computer..
life at kajang not bad..adalah belajar O&G ..MO kat sana baik-baik..they teach and help us a lot..adalah skit-skit tue diorang laser..."apalah you all nie ....blurrrr je .nie tak tau ....tue tak tau....dah belajar O&G dulu kan.....dan pok pek pok pek". Dr kami memang lah dah blejar O&G tapi tue 6 bulan lepas. habis jer exam semua knowledge evaporated entah kemana. tuelah siapa suruh belajar utk exam, kan siapa susah akaaaak jugak (tak sesuai tau).
tapi kadang - kadang tue boring gak kat kajang nie. yealah tak de sesiapa kat sini. nak borak pun tak der geng. most of the time kat bilik aku spent tengok tv, reading dan tidur. aku kat kajang nie selalu tak bermaya and lembik. tak macam kat kl aku adalah energetic skit. malam semalam sebab letih sangat tidur dari pukul 8.00pm until 5.00 am. bangun semayang isyak dan makan. aku pun tak tau sebab aper rasa penat sangat. practical kat kajang hospital bukan penat maner pun. hospital kajang kecik jer. pesakit pun tak banyak. so kerja pun tak banyak kena buat.
adakah aku sekarang mempunyai penyakit misteri? kalau betul boleh panggil krew misteri nusantara kat tv3. ha ha ha ha ( nak gelak pun tak larat!)
atau aku dapat pelbagai penyakit serious yg selama ni aku belajar .....mintak jauh malaikat 44. aku nak exam final lagi 8 bulan.
Hah baru aku ingat!.....aku tau dah aku sakit aper...sakit yg aku dapat semenjak masuk final year...penyakit nie sukar dan tak der ubat..boleh dikategorikan misteri gak.
iaitu penyakit MALAS!
No comments:
Post a Comment