Tuesday, January 27, 2004

pagi nie bangun lambat, 8.30 am. tak der kelas, cuma ader klinik orthopedik ngan My Hisham (my tutor). tengok kes # left femur (operated), spine # of L2, "motherland" disease dan a man dtg ngan pain and swelling at right wrist. okla, ader lah blaja. petang plak ade seminar pasal limping child. budak2 yq present, conduct by Mr Hisham. yg penting topic congenital dysplasia of the hip: mesti tahu ortholani dan berlow test, SUFE (slipped upper femoral epiphysis), congenital talipes equinus varus (CTEV) dan Perthe's disease. CTEV penyakit budak kecil, kaki die terpelengot (eja?) kedalam.

Tadi Seng Chai bagi ang pau (best nyer), RM 5 , boleh shopping. dia ucap thanx kat aku sebab selalu call dia kalau ader kelas. budak2 chinese lain bagi limau dan kuih kapit. yea dpt 4 biji limau (i love oranges).

ade sesiapa baca surat khabar hari nie? pembunuh adik nurul huda dihukum penjara 20 thn dan 24 sebatan. he deserved it selepas ape yg dia buat pd adik nurul. lepas ni die kena bicara kanun keseksaan 302 yg boleh dihukum gantung sampai mati.

Wednesday, January 21, 2004

hari nie dah masuk minggu ke3 posting orthopaedic (pasal tulang). nielah posting paling blur , dah masuk 3rd week masih blur2. lecturer tanya plak senyapjer sebab banyak tak tau. pagi tadi ade grand ward round ngan Mr Ariff. kejap jer, tak sampai pun sejam. dia pun macam tak bersemangat pasal yg dtg cuma 3 org jer, yg lain dah mula cuti thn baru cina. dia tanya pasal diabetic foot: classification dan about Rays amputation. macam biasa aku pun tak tau. apalagi dia pun laser lah " you all nie dah masuk 3rd week pun tak tau commom cases in the ward, diabetic foot is very common and don't take your exam if you don't about this!, I nak you buat assignment pasal diabetic foot dan present next monday".

kena lagi.

posting ortho nie banyak lecturer yg garang2 terutama Prof Devnani. last week dia tengking aku masa grand ward round. salah aku jugak sebab aku tak prepare utk present case.

Aku: The patient is 17 year old male presented with 1 day history of backpain

Prof Dev: Not presented but complained of........

Aku: Patient has a 5 year history of bakpain..

Prof Dev: WHAT????? why suddenly u say 5 year history but the patient presented yesterday?

Masa nie aku dah confuse, pt cakap dia ade intermittent backpain for 5 years dan the backpain become suddenly worse yesterday. Prof Dev cakap I buat dia confused dan history aku masih tak lengkap. he wish me luck for the becoming final exam.

Kena lagi aku.

Satu lagi lecturer yg garang ialah Miss Zanariah, dia cukup fed up kalau student tak tau anatomy.

Exam final MD lagi 3 bulan, aku dah rasa nervous. banyak Woo kena baca. walaupun banyak kena baca tapi aku masih lepak2. semlm tengok tv sakan: senario dan national geographic.

pagi nie dah lepak2 kat lib surf internet yg mengarut.

Sejak masuk final year nie rasa macam dah malas, sebab? aku pun tak tau. mungkin dah saturated kot. tapi org cakap kite hanya pakai 11% of our brain capacity. or my brain has little capacity? tapi boleh masuk med school!

what overlah,





To all my chinese friends: Gong Xi Fa Chai.

Friday, January 2, 2004

Happy new year! 2004.

hari nie last posting senior medicine, tadi baru jer habis class terakhir ngan prof ng dan dr loong. bincang pasal exam minngu lepas. aku pass, soalan ok jer. lepas class ader jamuan harijadi arisah. makan cake, makan ngan prog ng dan dr loong. sedihla pulak tinggal medicine..inilah perasaan aku each time habis posting..yela nie lah kali terakhir aku belajar medicine as a student. lepas nie jadi dr dan banyak responsibility. ilmu masih cetek dan pengalaman pun tak meluas. lepas nie mesti aku rindu kan prof ng..he is really funny guy, but when time to work he is really serious!. what is the cause samine!!!!!!hah hah hah !!!!



sayonara medicine welcome orthopaedic