Thursday, December 11, 2003

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mati dengan kepalanya terputus selepas dilanggar sebuah lori yang dipandu laju dan dipercayai hilang kawalan di Lorong Kampung Benteng, Kampung Sungai Udang, Segambut di sini hari ini.

Mohd. Aizat Ahmad, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Segambut sedang berjalan kaki pulang ke rumahnya selepas menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen berdekatan ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Jurucakap Polis Trafik Tun H.S. Lee berkata, ketika tiba di bahu jalan itu, sebuah lori yang dipandu secara laju dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh mangsa.

Katanya, mayat Mohd. Aizat terperosok ke bahagian bawah lori terbabit yang sarat dengan muatan besi buruk.

``Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan ngeri iaitu terputus kepala manakala buku-buku sekolahnya bertaburan di tengah jalan,'' katanya ketika dihubungi di sini.

Jurucakap itu berkata, pemandu lori yang bernombor pendaftaran BEC 2551 itu dipercayai telah melarikan diri sejurus selepas kemalangan tersebut berlaku.

Tambahnya, mayat Mohd Aizat kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Cif Inspektor Nor Hisham Hashim di talian 03-20729044.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri









Friday, October 10, 2003

baru habis posting paediatric (pasal kesihatan kanak - kanak). tadi ader exam viva, dengan ketua jabatan: Prof Datuk Dr Mohd Sham Kassim. bolelah jawab, dia tanya pasal case write up. nasib baik tahu in and out pasal cases tue. dapat gred B+ (okay lah). bukan senang nak dapat gred nie tau sebab Prof Sham nie jenis kedekut bagi markah.

next tuesday ade exam viva utk o&g pulak. tak tau kena dengan siapa. harap-harap ok.

next week start posting baru : Senior Psychiatry (Ilmu kesihatan jiwa). belajar balik pasal psychology.

Wednesday, September 17, 2003

hari nie dah tiga hari di paediatric department. posting kat neonat ward for a week. okaylah. adalah gak blja. cuma sekarang nie tengah malas nak baca buku. dah 5 hari tak sihat. batuk dan demam. batuk mula dari hari jumaat lepas, masa kat kajang. batuk kali agak teruk...sometimes ader darah. petang tadi pegi klinik kesihatan kl. doc cakap mungkin sebabkan oleh acute pharyngitis. dia bagi ubat batuk, panadol, ubat kumur dan vit c. aku takut gak batuk nie. lain macam. teruk sampai sakit perut sebab batuk banyak sangat. dah habis 1 botol ubat batuk tapi tak ok. berdarah lagi. doc pesan kalau batuk berpanjangan jumpa dia lagi. moga-moga cepat sembuh!.

Friday, August 29, 2003

ala rindunya kat blogger aku nie. dah kat 2 minggu tak jumpa. yealah aku skrang kat kajang, susah nak cari computer..cyber cafe pun tak dak. kalau kat kl bolehlah pakai lib computer..

life at kajang not bad..adalah belajar O&G ..MO kat sana baik-baik..they teach and help us a lot..adalah skit-skit tue diorang laser..."apalah you all nie ....blurrrr je .nie tak tau ....tue tak tau....dah belajar O&G dulu kan.....dan pok pek pok pek". Dr kami memang lah dah blejar O&G tapi tue 6 bulan lepas. habis jer exam semua knowledge evaporated entah kemana. tuelah siapa suruh belajar utk exam, kan siapa susah akaaaak jugak (tak sesuai tau).

tapi kadang - kadang tue boring gak kat kajang nie. yealah tak de sesiapa kat sini. nak borak pun tak der geng. most of the time kat bilik aku spent tengok tv, reading dan tidur. aku kat kajang nie selalu tak bermaya and lembik. tak macam kat kl aku adalah energetic skit. malam semalam sebab letih sangat tidur dari pukul 8.00pm until 5.00 am. bangun semayang isyak dan makan. aku pun tak tau sebab aper rasa penat sangat. practical kat kajang hospital bukan penat maner pun. hospital kajang kecik jer. pesakit pun tak banyak. so kerja pun tak banyak kena buat.

adakah aku sekarang mempunyai penyakit misteri? kalau betul boleh panggil krew misteri nusantara kat tv3. ha ha ha ha ( nak gelak pun tak larat!)

atau aku dapat pelbagai penyakit serious yg selama ni aku belajar .....mintak jauh malaikat 44. aku nak exam final lagi 8 bulan.



Hah baru aku ingat!.....aku tau dah aku sakit aper...sakit yg aku dapat semenjak masuk final year...penyakit nie sukar dan tak der ubat..boleh dikategorikan misteri gak.





iaitu penyakit MALAS!

Thursday, August 14, 2003

teruk betul hujan nie, hujan mencurah-curah, petir sambung menyambung, ribut lagi. nak pergi ke lib terpaksalah redah hujan tu..hujan punya pasal sampai patah payung aku..kenalah beli payung baru..duit lagi..dah lama kl tak hujan macam nie..sampai klcc pun "hilang". mungkin nie hujan rahmat...yealah dah kat sebulan tak hujan lebat...cuma hujan "manja-manja" jer bulan lepas.

esok last day aku kat surgery. aku tengah risau nie..nielah peluang terakhir aku belajar surgery..lepas nie jadik HO kat hospital yang aku tak tau kat mana (kalau pass exam lah)...masatue lah aku kerja sorang-sorang tanpa supervision...mesti kena marah ngan consultant..yealah banyak aku tak tau...tuelah siapa suruh lepak kat rumah dan tak buat practical se"mampus" (ayat ganas) mungkin...

next week aku buat O&G (subject kesukaan aku) kat hospital kajang selama sebulan. harap - harap aku nie rajinlah skit kat kajang. yg bestnyer kat kajang nie, lecturer tak dak! so pandailah kitaorang buat diri kat situ..adalah kawan - kawan aku merancang nak buat O&G kat KLCC, yealah lecturer tak der dan tak siapa nak check datang ker tak datang.

selamat tinggal surgery..welcome O&G







p/s O&G means obstetric and gynaecology: ilmu kesihatan perbidanan dan sakit puan, best subject nie....boleh rasa dan pegang 18SX!

Monday, August 11, 2003

hari nie adalah motivasi skit. pagi-pagi dah join wad round kat wad 13. mr zainal (ketua jabatan surgeri HKL) nampak aku macam pelik...you from somewhere? errr i'm upm medical student...nasib baik tak kena halau...mr zainal ok,, dia pernah jadi aku punya examiner masa 3rd year...gelabah aku masa tue...wad round pagi tadi ok..adalah blja sket..walaupun utk post grad student...dia ajar pasal hernia, chest tube etc...lepas tue join bed site teaching ngan prof liew...barulah clear pasal varicose vein..prof liew is one of my best lecturer..tapi yg sedihnya dia nak keluar upm dan buat private practice...dapat triple pay kat sana...sedih aku..most of the best lecturer are leaving sooner or later..entahlah.

Thursday, July 31, 2003

nothing much today. pagi tadi tengok IVu (intravenous urogram) procedure kat radiology department. lepas tue balik rumah tidur. pukul 2.00 ptg ade class ngn Mr Muhsein,...budak2 yg present, dia jadi facilltator. oklah boleh paham..next week exam..tapi ilmu masih cetek...entahlah...agak2 aku boleh lulus tak? Yakin boleeeeeeh!

Wednesday, June 18, 2003

yea..dah tak demam dah..i'm back again.

baru jer habis "ward round" dengan geng-geng. sajer utk mengisi masa petang yang lapang. adalah tengok kes-kes yg menarik di ward 12. dari kes ca colon sampai kes ca breast. sepanjang aku buat medic nie banyak aku jumpa patient yg dapat kanser.. macam macam kanser cth kanser payu dara, kolon, esophagus, serviks etc...kesian tengok diorang..they are suffered!..minta minta pada Allah dijauhkanlah penyakit ini. Amin

Monday, June 16, 2003

hari nie demam lagi..mula demam dari semalam..selalunya kalau demam 2 hari dah baik..tapi kali dah 2 hari tak baik-baik lagi..entahlah...harap-harap tak kena malaria..sebab aku pergi ke pos lanai 2 minggu lepas...pos lanai memang kawasan endemik utk malaria...

cuma pening-pening sikit and badan pun panas..ubat Panadol soluble dah habis. aku banyak pil panadol tapi masalahnya cuma nak menelan.

hari nie hari pertama aku berusia 23 tahun. semalam ade lah celebrate birthday..sorang-sorang jer..beli kaset Bee Gees dan makan di KFC . kaset Bee Gees not bad..lagu -lagu jiwang era 60 an sampai 90 an.

Wednesday, April 30, 2003

helo blog,

lama tak tulis..pagi tadi baru jer habis exam..exam "health care of the elderly"..not bad..lecturer tanya pasal free radical, somatopause etc..lepas tue pergi office jumpa kak jem ambik surat utk buat elektif. aku buat elektif kat hospital orang asli gombak..dekat jer..Limi buat elektif kat UK..malam sabtu fly..Salleha buat elektif kat brunei..malam jumaat fly..bestlah diorang boleh buat elektif over the sea...aku cuma over the river jer.

anyway, buat kat gombak pun OK..boleh kawan ngan bebudak aborigines.

lepas pegi office, aku pergi ke bank-BCB and maybank..buat kad atm baru..dekat jer..BCB sebelah Institut Pediatrik HKL..tak sampai 5 min dah sampai.

besok cuti..tak tau aper nak buat..cuma aku cuba siapkan my own web page

kalau boring, baik aku balik rumah kat ampang.

Friday, March 14, 2003

Assalamualaikum,

Hello journal, at last i have my own blog...boleh tulis hari2

ade tempat utk luahan hati