Friday, August 29, 2003

ala rindunya kat blogger aku nie. dah kat 2 minggu tak jumpa. yealah aku skrang kat kajang, susah nak cari computer..cyber cafe pun tak dak. kalau kat kl bolehlah pakai lib computer..

life at kajang not bad..adalah belajar O&G ..MO kat sana baik-baik..they teach and help us a lot..adalah skit-skit tue diorang laser..."apalah you all nie ....blurrrr je .nie tak tau ....tue tak tau....dah belajar O&G dulu kan.....dan pok pek pok pek". Dr kami memang lah dah blejar O&G tapi tue 6 bulan lepas. habis jer exam semua knowledge evaporated entah kemana. tuelah siapa suruh belajar utk exam, kan siapa susah akaaaak jugak (tak sesuai tau).

tapi kadang - kadang tue boring gak kat kajang nie. yealah tak de sesiapa kat sini. nak borak pun tak der geng. most of the time kat bilik aku spent tengok tv, reading dan tidur. aku kat kajang nie selalu tak bermaya and lembik. tak macam kat kl aku adalah energetic skit. malam semalam sebab letih sangat tidur dari pukul 8.00pm until 5.00 am. bangun semayang isyak dan makan. aku pun tak tau sebab aper rasa penat sangat. practical kat kajang hospital bukan penat maner pun. hospital kajang kecik jer. pesakit pun tak banyak. so kerja pun tak banyak kena buat.

adakah aku sekarang mempunyai penyakit misteri? kalau betul boleh panggil krew misteri nusantara kat tv3. ha ha ha ha ( nak gelak pun tak larat!)

atau aku dapat pelbagai penyakit serious yg selama ni aku belajar .....mintak jauh malaikat 44. aku nak exam final lagi 8 bulan.



Hah baru aku ingat!.....aku tau dah aku sakit aper...sakit yg aku dapat semenjak masuk final year...penyakit nie sukar dan tak der ubat..boleh dikategorikan misteri gak.





iaitu penyakit MALAS!

Thursday, August 14, 2003

teruk betul hujan nie, hujan mencurah-curah, petir sambung menyambung, ribut lagi. nak pergi ke lib terpaksalah redah hujan tu..hujan punya pasal sampai patah payung aku..kenalah beli payung baru..duit lagi..dah lama kl tak hujan macam nie..sampai klcc pun "hilang". mungkin nie hujan rahmat...yealah dah kat sebulan tak hujan lebat...cuma hujan "manja-manja" jer bulan lepas.

esok last day aku kat surgery. aku tengah risau nie..nielah peluang terakhir aku belajar surgery..lepas nie jadik HO kat hospital yang aku tak tau kat mana (kalau pass exam lah)...masatue lah aku kerja sorang-sorang tanpa supervision...mesti kena marah ngan consultant..yealah banyak aku tak tau...tuelah siapa suruh lepak kat rumah dan tak buat practical se"mampus" (ayat ganas) mungkin...

next week aku buat O&G (subject kesukaan aku) kat hospital kajang selama sebulan. harap - harap aku nie rajinlah skit kat kajang. yg bestnyer kat kajang nie, lecturer tak dak! so pandailah kitaorang buat diri kat situ..adalah kawan - kawan aku merancang nak buat O&G kat KLCC, yealah lecturer tak der dan tak siapa nak check datang ker tak datang.

selamat tinggal surgery..welcome O&G







p/s O&G means obstetric and gynaecology: ilmu kesihatan perbidanan dan sakit puan, best subject nie....boleh rasa dan pegang 18SX!

Monday, August 11, 2003

hari nie adalah motivasi skit. pagi-pagi dah join wad round kat wad 13. mr zainal (ketua jabatan surgeri HKL) nampak aku macam pelik...you from somewhere? errr i'm upm medical student...nasib baik tak kena halau...mr zainal ok,, dia pernah jadi aku punya examiner masa 3rd year...gelabah aku masa tue...wad round pagi tadi ok..adalah blja sket..walaupun utk post grad student...dia ajar pasal hernia, chest tube etc...lepas tue join bed site teaching ngan prof liew...barulah clear pasal varicose vein..prof liew is one of my best lecturer..tapi yg sedihnya dia nak keluar upm dan buat private practice...dapat triple pay kat sana...sedih aku..most of the best lecturer are leaving sooner or later..entahlah.