Monday, October 26, 2009

ONCOLOGY CLINIC

Dr D Jayendran.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini ditujukan khas kepada Dr D. Jayendran.
Dr D Jayendran adalah pakar onkologi negeri Sabah. Onkologi adalah mengenai perawatan penyakit kanser.
Perawatan Kanser di Sabah bukanlah baru. Sebelum ini, terdapat pakar onkologi dari Kuala Lumpur yang membuat lawatan ke Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu sebulan sekali.
Cuma dengan kehadiran Dr D Jayendran bermula 2006 telah membuat perubahan besar dalam perawatan kanser di seluruh negeri Sabah.
Beliau berasal dari Klang, Selangor. Sebelum berpindah ke Sabah, beliau merupakan pakar onkologi negeri Pulau Pinang.
Semenjak beliau menjadi pakar onkologi negeri Sabah, banyak perubahan yang beliau lakukan..seperti menubuhkan jabatan onkologi dan radioterapi di Hospital Pakar Likas.
Tetapi, yang paling kami hargai adalah perkhidmatan "link" servis onkologi dari Likas, Kota Kinabalu ke hospital-hospital daerah Tawau, Keningau, Sandakan dan Lahad Datu.
Di Hospital sandakan, DrBond adalah pegawai perubatan "link" yang telah diamanahkan untuk menjaga pesakit-pesakit kanser di daerah Sandakan.
Perkhidmatan "link" disini bermaksud rawatan onkologi dari Likas dipindahkan ke Sandakan melalui pegawai perubatan "link" setelah mendapat persetujuan dari Dr D Jayendran.
Selama 4 tahun juga, tanpa tertinggal satu kalipun. Dr D Jayendran telah membuat lawatan bulanan ke klinik di Sandakan . Adalah menjadi tugas DrBond memastikan klinik ini berjalan lancar dan semua pesakit mendapat rawatan sempurna. Ini termasuk juga memastikan pesakit dihantar ke KK untuk rawatan susulan.
Memang penat menjaga klinik onkologi ini. Selain dari tugasan lain di Jabatan Pembedahan, tugas sampingan ini penuh dengan cubaan. Sila lihat entry -entry sebelum ini.
Hari ini kami juga mempunyai Klinik Onkologi.
Cuma berbezanya kali ini...ini adalah Klinik Onkologi yang terakhir. Dr D Jayendran telah membuat keputusan untuk bersara awal dan join private practice. Sehingga entry ini ditulis, tidak ada pakar pengganti.
Ini bermakna, klinik onkologi di sandakan yang baru nak subur...akan terkubur.


(Nota kaki: DrBond ucapkan selamat maju jaya pada boss...nanti jumpa kat jb masa MOS meeting Nov 2009 )

3 comments:

yan said...

hopefully,mesti ada ganti...rugi daerah yg besar ni xada org amik berat,atlist ada byk penemuan terkini@info2 baru ttg kanser,sbb x smua org dpt interact dgn K.K, jln darat jauh tuu n take time lak.... :))

iqmedia said...

Yup. What a lost.

Inspired Momx1 said...

As a Sabahan, I am indeed saddened by the news. Hopefully there will be someone replacing Dr Jeyandran soon.