Saturday, October 3, 2009
CERITA DONGENG
I was really stress up...so decided to tell my fellow blog readers a "cerita dongeng"
Are u ready????
nenek kebayan nak mulakan cerita
Nun jauh disana, ada satu kerajaan Melayu zaman purba kala. Kerajaan ini dinamakan Marang Merapu Kepunden Marang Skeper (atau MMKMS).
Kerajaan ini sangatlah masyur seantero asia tenggara.
Ia dinaungi oleh Sultan Aminur Rashid...rakyat rakyat jelata amatlah menyanjungi tuanku,,kerana baginda adalah raja yang adil dan saksama. Baginda dikurniakan 4 orang puteri yang sungguh jelita. Dan ke-empat empat meraka adalah saudara kembar.
puteri -puteri kerajaan MMKMS
Tetapi, baginda amatlah bergusar hati. Kerana setiap malam purnama, asyik mengenangkan ke empat empat puteri itu.
Dan, baginda juga sudah terlalu uzur...dan sudah tiba masanya baginda perlu menyerahkan takhta kepada salah seorang puteri-puteri baginda.
Tapi..bagaimana mahu memilih salah seorang dari empat untuk memiliki takhta?? Mereka semua adalah kembar, jika baginda memilih yang sulung , pasti yang lain bermasam muka.
Arakian, baginda Sultan pun mengadakan perbincangan bersama bendahara.
Bendahara yang arif dan bijaksana mencadangkan agar diadakan ujian. Puteri yang lulus ujian itu, haruslah ditabal sebagai permaisuri kerajaan MMKMS.
Lantas, tuanku Sultan menitahkan puteri-puteri itu menghadap baginda:
Sultan Aminur Rashid
Anakanda2 ku sekelian,,
Ayahanda sudah tua..Sudah masanya ayahanda menturunkan takhta.
Salah seorang dari kamu akan dipilih sebagai permaisuri kerajaan kita.
Tetapi..sebelum itu..anakanda2 semua perlu menjalani ujian. Barangsiapa yang berjaya akan ditabalkan sebagai permaisuri..
Puteri2: Baiklah ayahanda, ape ujian iteww???
Ujian nya begini...Setiap anakanda akan diberi segenggam biji benih. Balik la ke kamar masing2 dan carilah pasu dan tanah. Semaikanlah biji benih itu selama 7 purnama.
Barangsiapa yang berjaya menyemai biji benih itew akan diistiharkan pemenang dan ditabalkan sebagai permaisuri.
Maka, bergelimpangan lah lari kesemua puteri-puteri itu.
Setelah 7 purnama, puteri-puteri itu pun menghadap baginda Sultan.
Anakanda ku sekelian, sudah siapkah ujian yang ayahanda berikan.
Sudah ayahanda!!! jawab puteri-puteri itu serentak.
baiklah puteri 1,,apa hasilnya.
Ayahanda, anakanda berjaya menyemai pokok bunga ros..kata puteri no 1.
Puteri 2 macam mana?
Ayahanda , anakanda berjaya menyemai pokok bunga melur,,cantik tak???
kata puteri no 2.
Puteri 3 macam mana??
Ayahanda, anakanda berjaya menyemai pokok bunga violet...cantik sekali....kata puteri no 3.
Kemudian, ketiga-tiga puteri itu melompat kegirangan..
kita menang..kita menang!!!!
Namun, Sultan Aminur Rashid berduka cita..lalu ditanya puteri bongsu..
Anakandaku ,, macam mana pula??
Puteri Bongsu.
Ayahanda...puas anakanda semai benih ni...satu haram pokok pun tak tumbuh.
berbagai -bagai tanah anakanda try..berpasu-pasu dah cuba..masih tak hidup..
kemudian,,dengan rasa kegirangan Sultan Aminur Rashid mengumumkan puteri bongsu telah lulus ujian itu dan ditabalkan sebagai permaisuri....
SOALAN ESEI: KESUSASTERAAN MELAYU.
Kenapakah puteri bongsu lulus ujian itu walaupun beliau gagal menyemai biji benih yang diberikan ayahandanya??? (20 markah).
Jawapan:.
Semua benih-benih yang Sultan Aminur Rashid bagi kepada semua anakanda2 nya dah rosak..Buat la macam mana pun ...memang tak boleh semai.
Puteri 1, 2 dan 3 menipu.
Puteri 4 jujur dan cakap benih tu tak menjadi.
Ujian ini adalah untuk menguji kejujuran ..salah satu ciri utama untuk menjadi pemerintah yang baik.
So moral of the story??? jadi org jujur ye..jangan la nak tipu-tipu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
sebab puteri mana pandai tanam bunga, kerja puteri bukan tanam bunga, nanti jatuhla standard....
mesti kakak2 dia yg lain tu mintak tolong ngan tukang kebun diraja, dats y la boleh tumbuh....
to med_student
salah la..
dapat 5 markah je..tu pun markah kesian..
Dr jo...puas saya cari jawapan ni...satu jawapan pun tak jumpa.
berbagai -bagai teknik mencari jawapan saya try..berpasu-pasu dah cuba..masih tak jumpa..
iqmedia..
tenangkan fikiran..lapangkan dada..
soalan senang jer..
jawapan hanya perlukan imaginasi dan kreativiti..
ada hadiah tau...
kalau berjaya bole bawak nenek kebayan balik umah..
he he he
ceh, nenek kebayan bikin apa,
cuci tongkat pun x larat dah tu....
biji benih puteri bongsu dpt bukan utk tanam bunga tuuu.......
pikir baik2..
soalan senang jer..
soalan ni KESUSASTERAAN ..bukan nye KESUSAH TERAAN..
hanya perlukan daya imaginasi dan kreativiti...
jawapan tak dalam buku tau,,
dah kreatif la tuuu....
betul x jwpn kedua saya??
tak la..
jauh lagi...dapat 2 markah jer
i'm so glad that today is monday....
Post a Comment