Monday, January 11, 2010
Cinta Sejati
Cinta Sejati (True Love).
Puisi ini ditujukan kepada semua penjaga-penjaga pesakit di hospital seluruh Malaysia. Tak kisah la, sama ada isteri jaga suami, suami jaga isteri, anak-anak jaga ibu bapa, abang jaga adik, adik jaga abang etc etc. Penjaga-penjaga ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana menjaga orang yang sakit memerlukan pengorbanan yang besar. Menjaga orang sakit menunjukkan CINTA SEJATI kepada seseorang itu.
Cinta sejati,
tak boleh dijual beli,
sukar dicari, diganti,
ia lahir dari hati yang suci,
Cinta sejati,
memerlukan pengorbanan yang tinggi,
ia adalah cinta yang abadi,
membawa sampai syurga firdausi,
Cinta sejati,
hanya terbukti,
pabila suami hampir mati,
pabila suami dijemput Ilahi,
Cinta sejati,
BEERTI,
si isteri membersihkan suami dari tahi,
si isteri menyuapkan suami sesuap nasi,
si isteri mendoakan suami sihat kembali,
Cinta sejati,
tak serupa cinta masa kini,
ia hanya bersifat duniawi,
pabila suami mau mati,
si isteri mulalah berjoli,
meninggalkan suami seorang diri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Hmm... I like this post...
Good one Dr Bond.
thanx!
cinta sejati sukar dicari..
setuju !!!
Post a Comment